Born 2010 Year 1 Registration oh Born 2010 Year 1 Registration

My daughter was born in 2010. So suppose this year NOW register for year 1 using online system.


But It come out error:


” Harap Maaf .. Terdapat kesilapan pada ID yang dimasukkan ..Sila masukkan ID menggunakan My KID Pelajar
Terima Kasih ”





So a check from internet, 2010 use manual, only can register next year.



Ibu bapa kecewa gagal daftar anak melalui ESPPSEL

KUALA LUMPUR: Ramai ibu bapa di Selangor kecewa kerana tidak lagi dibenar mendaftar anak-anak ke tahun satu sekolah rendah kerajaan di Selangor secara dalam talian melalui Sistem Pengurusan Murid Tahun Satu Online (ESPPSEL) mulai tahun depan.
Sistem pendaftaran ESPPSEL yang diperkenalkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor tahun lalu itu akan hanya boleh digunakan bagi kali terakhir pada tahun ini untuk pendaftaran sesi persekolahan tahun 2016 sahaja.
Antara aduan yang diterima daripada ibu bapa adalah mereka tidak dimaklumkan sebab ESPPSEL dihentikan untuk pendaftaran sesi persekolahan 2017.
Seorang ibu, Khong Shiau Ling, berkata mereka faham jika ada pembaharuan sistem, namun tidak dapat menerima apabila ibu bapa tidak diberitahu masalah sebenarnya yang berlaku, apa perlu mereka lakukan, dan kepada siapa harus mereka mengadu tentang masalah ini.
Sementara itu, Alonso May Gerrard yang juga gagal mendaftarkan anaknya, berkata perkara ini amat mengelirukan dengan pelbagai maklumat yang disebarkan dalam media sosial.
Katanya, jika kembali kepada sistem pendaftaran manual, ia berdasarkan siapa cepat dia dapat dan ini tidak adil bagi ibu bapa yang bekerja sepenuh masa dan tidak dapat mengambil cuti untuk mendaftarkan anak mereka lebih awal.
Alonso May juga berharap pihak berkuasa akan membuat pengumuman mengenai perkara ini dan menyelesaikan masalah yang timbul.
BERNAMA yang menghubungi Pegawai Meja Pengurusan Murid JPN Selangor, Othman Mohamad, dimaklumkan bahawa ESPPSEL hanya membolehkan mereka yang memilih untuk mendaftar sekolah di Selangor dan Putrajaya sahaja.
"Tahun ini, buat masa sekarang, hanya Selangor sahaja manakala pendaftaran murid di Putrajaya ditangguhkan (untuk dalam talian)," katanya.
Menurutnya, Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) Kementerian Pendidikan memberi kebenaran kepada JPN Selangor menggunakan sistem ESPPSEL untuk kali terakhir tahun ini.
"Mulai tahun depan, Jabatan Pendidikan di semua negeri akan menggunakan sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) yang akan membolehkan ibu bapa mendaftarkan anak mereka secara dalam talian," katanya.
Othman berkata, bagi mengelakkan pendaftaran bertindih, JPN Selangor hanya membenarkan pendaftaran kemasukan ke tahun satu sesi 2016 melalui sistem sedia ada.
Melalui APDM, ibu bapa tidak boleh mendaftar secara dalam talian di rumah tetapi mereka perlu hadir di sekolah untuk membuat pendaftaran secara dalam talian itu.
Tahun lepas, ESPPSEL membuka permohonan kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang lahir pada tahun 2008 dan 2009 untuk mendaftarkan anak mereka bagi sesi persekolahan tahun 2015 dan 2016.
- BERNAMA