TAWAS - Have you registered?

My friend just informed me about TAWAS - Tabung Warisan Anak Selangor.

You must register before your kids 1 year old.

What are the benefit?

RM 100 initial investment and RM 1500 when 18 years old masuk university.

More Info: http://www.tawas.org.my/

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)? 

Jawapan : 
TAWAS adalah singkatan nama kepada Tabung Warisan Anak Selangor. TAWAS diwujudkan dengan tujuan untuk membuka tabung permulaan RM 100 bagi setiap anak kelahiran Selangor. 

Soalan 
2. Apakah faedah yang akan diterima daripada skim ini? 

Jawapan : 
Faedah yang akan diterima adalah seperti berikut: 
a. Di awal pelaburan, setiap Ahli TAWAS akan menerima RM 100. 
b. Pada usia 18 tahun, anak-anak ini berpeluang untuk menerima sebanyak RM 1,500 hasil pelaburan di dalam skim ini. 



TERMA dan SYARAT PERMOHONAN TAWAS


*PERHATIAN : Tarikh Tutup Pendaftaran Adalah Pada Hari Ulang Tahun Pertama Pemohon*

Syarat 01

i. Warganegara Malaysia, DAN;
ii. Lahir di negeri Selangor atau luar negeri Selangor mulai 1hb Januari 2008;
iii. Ibu atau Bapa lahir di negeri Selangor, ATAU Ibu atau Bapa lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1hb Februari 1974.

Syarat 02

i. Warganegara Malaysia, DAN;
ii. Lahir di negeri Selangor mulai 1hb Januari 2008, DAN;
iii. Ibu dan Bapa bukan kelahiran Selangor tetapi telah menetap di Selangor minimum 5 tahun. (Perlu mendapatkan pengesahan taraf permastautin daripada Ketua Kampung/Penghulu/Pengerusi Taman Perumahan/ Ahli Parlimen/Senator/ ADUN dan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal). 

Syarat 03

i. Warganegara Malaysia, DAN;
ii. Lahir di luar negeri Selangor (sempadan negeri Selangor) mulai 1hb Januari 2008, DAN;
iii. *Ibu dan Bapa bukan kelahiran Selangor tetapi bermastautin tetap di negeri Selangor. (Perlu mendapatkan pengesahan taraf permastautin daripada Ketua Kampung/Penghulu/Pengerusi Taman Perumahan/Ahli Parlimen/ Senator/ ADUN dan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal). 
*Ini merujuk kepada Ibu dan Bapa yang bermastautin di daerah yang bersempadan dengan negeri lain. Contoh: Selangor-Perak, Selangor-Negeri Sembilan dan Selangor-Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur) sahaja.