2020 Special Tax Relief oh 2020 Special Tax Relief




1) PELEPASAN KHAS CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU UNTUK PERBELANJAAN MELANCONG DALAM NEGARA 

Kedudukan Semasa Perbelanjaan melancong sama ada dalam atau luar negara tidak dibenarkan potongan dalam pengiraan cukai pendapatan individu. Cadangan Pelepasan khas cukai pendapatan sehingga RM1,000 diberi kepada individu pemastautin untuk perbelanjaan melancong dalam negara yang dilakukan dalam tempoh 1 Mac 2020 hingga 31 Ogos 2020. 

Perbelanjaan yang layak bagi pelepasan cukai adalah seperti berikut: 

i. Bayaran bagi penginapan di premis penginapan pelancong yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia; dan 

ii. Bayaran masuk ke pusat tarikan pelancong. Tarikh Kuat Kuasa Bagi tahun taksiran 2020.

Cadangan 

Sebagai langkah berterusan untuk membantu industri pelancongan, pelepasan cukai pendapatan individu tersebut dilanjutkan bagi tempoh perbelanjaan sehingga 31 Disember 2020 bagi tahun taksiran 2020 dan dilanjutkan juga bagi tahun taksiran 2021. 

Tarikh Kuat Kuasa 

i. Tahun taksiran 2020: Bagi perbelanjaan yang dibuat dalam tempoh 1 Mac 2020 hingga 31 Disember 2020; dan 

ii. Tahun taksiran 2021: Bagi perbelanjaan 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2021.

2) PELEPASAN KHAS CUKAI PENDAPATAN KE ATAS PEMBELIAN TELEFON BIMBIT, KOMPUTER DAN TABLET 

Kedudukan semasa Mulai tahun taksiran 2017, pelepasan cukai pendapatan ‘gaya hidup’ sehingga RM2,500 disediakan kepada pembayar cukai individu ke atas perbelanjaan berikut: 

i. Pembelian bahan bacaan termasuk surat khabar harian bercetak; 

ii. Pembelian peralatan sukan; 

iii. Pembelian komputer, telefon bimbit dan tablet; 

iv. Langganan internet; dan 

v. Yuran keahlian gimnasium. 

Cadangan Sejajar dengan perubahan norma baharu dalam amalan bekerja dari rumah dan kaedah pembelajaran bagi para pelajar yang dibuat secara virtual classroom, pelepasan khas cukai pendapatan individu diberikan sebagai tambahan kepada pelepasan gaya hidup sedia ada tertakluk kepada syarat berikut: 

i. Pelepasan sehingga RM2,500 diberikan ke atas pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet; dan 

ii. Pembelian peralatan dibuat di dalam tempoh dari 1 Jun 2020 hingga 31 Disember 2020. 

Tarikh Kuat Kuasa Bagi tahun taksiran 2020.

3) MENINGKATKAN HAD PELEPASAN CUKAI PENDAPATAN BAGI YURAN YANG DIBAYAR KEPADA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK DAN TAMAN DIDIKAN KANAK-KANAK Kedudukan Semasa Mulai tahun taksiran 2020, had pelepasan cukai kepada pembayar cukai individu yang menghantar anak yang berumur sehingga 6 tahun ke taman asuhan atau taman didikan kanak-kanak yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Kementerian Pendidikan Malaysia telah dinaikkan dari RM1,000 kepada RM2,000. Pelepasan ini boleh dituntut oleh salah seorang daripada ibu bapa kepada anak tersebut. 

Cadangan Bagi mengurangkan bebanan kewangan kepada ibu bapa ekoran daripada kesan pandemik Covid-19, had pelepasan cukai pendapatan di atas dinaikkan daripada RM2,000 kepada RM3,000. 

Tarikh Kuat Kuasa Bagi tahun taksiran 2020 dan 2021.

English VERSION:

1. RM1000 tax relief available to domestic tourism

In order to promote domestic tourism recovery, the government will provide RM1000 in domestic tourism people personal income tax relief. As long as the accommodation and tourist attraction tickets that have been registered under the Ministry of Tourism and Culture meet the conditions for a tax deduction, they can get tax relief when submitting personal income tax.

2. Buy electronic products available RM5000 tax relief

Originally purchased by company employees receive electronic products are required to report the income tax, but exempt government employees enjoy tax relief of up to RM5000. This measure is to encourage people to work from home.

3. Purchase of electronic products available RM2500 tax relief for

Taxpayers when purchasing a phone, tablet, or computer, will receive special tax relief RM2500. This RM2500 is separate from the previous RM2500 tax deduction for Gaya Hidup.

4. Send their children to nursery available RM3000 tax relief

In order to strengthen confidence in the children’s nursery, as long as parents send their children to daycare or pre-school classes, you can get up to RM3000 tax relief. Originally, sending children to nurseries and preschool classes can only get RM1000 tax deduction, but now the government has raised it to RM3000.

5. Treatment of infertility deductible

In order to help families infertility treatment of infertility problems, the government decided to incorporate the cost of treating infertility tax relief of serious illness medical treatment expenses in the year up to a maximum of RM6000 tax relief.

6. Donations tax-deductible

Only donated over RM 2 on personal cash donations also tax from 7% to 10%.

Source: https://penjana.treasury.gov.my/pdf/Lampiran-Langkah-Cukai-PENJANA.pdf

Source: https://mypf.my/2020/06/06/malaysia-launches-penjana-economic-recovery-plan/